NISFU SYA'BAN
Pada
malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan
cara menghidupkan malamnya dengan ibadah. Sebelum itu, pada siangnya
disunnahkan berpuasa. Selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat
sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah Yaasin sebanyak
tiga kali.
Disunatkan juga
memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada segala dosa serta
meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibu bapa serta keluarga
di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bertasbih, berselawat dan
melakukan solat-solat sunat.
Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa:
Rasulullah SAW bersabda :
“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama
bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam
Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.
Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan:
“Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban dan berkata :
“Wahai Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu
rahmat sedang di buka, oleh itu bangunlah dan kerjakanlah sembahyang,
kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.” Aku
(Rasulullah) bertanya: “Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini?” Jibril
menjawab : “Pada malam ini telah di buka 300 pintu rahmat, maka Allah
SWT mengampun semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu
melainkan (yang tidak diampuni) ialah tukang sihir,tukang tilik nasib,
orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak, pelacur, orang yang
makan riba, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa,orang yang suka
mengadu domba, dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya
mereka tidak akan bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiatnya”.
Comments