Fakta Tentang Ikan Piranha

Nukilan Love Hijau on Selasa, 28 Februari 2012

Berikut adalah fakta tentang Ikan Piranha,sejenis ikan yang cukup ditakuti ,tapi betulkah begitu? Atau ianya sekadar mitos dan reputasi yang diburukkan oleh pelbagai filem yang dihasilkan ,hasil imaginasi manusia,jom teruskan mambaca bersama lovehijau mengenali Ikan yang mempunyai gigi setajam pisau cukur ini..
  • Ikan Piranha merupakan ikan yang mendiami kawsan sungai di Amerika Selatan, seperti di Sungai Amazon,Brazil dan juga Venezuela.Di Venezuela ia dikenali sebagai Caribes.

  • Ikan air tawar yang cukup terkenal di seluruh dunia kerana mempunyai tabiat makan yang rakus.Saiz ikan ini boleh mencapai 17 inci.
  • Sangat rakus terhadap makanan mentah seperti daging, dan mampu menghabiskan daging seekor lembu dewasa hanya dalam beberapa minit.Keadaan ini berlaku terutamanya pada musim kemarau
  • Terdapat hampir 30 -60 spesies Ikan Piranha (anggaran oleh saintis),ini namun yang cukup di kenali ialah spesies Red Bellied yang mendiami Sungai Amazon dan juga juga sungai di Venezuela, yang diakui sangat rakus serta berselera tinggi terhadap haiwan yang singgah minum atau bangkai haiwan atau haiwan yang terjatuh ke dalam sungai. Merupakan antara spesies ikan air tawar paling ganas di dunia.

Ikan Piranha Red Bellied.


  • Salah satu ciri yang terkenal bagi ikan piranha ialah mempunyai gigi yang sangat tajam, sewaktu makan Piranha sentiasa bergerak di dalam kumpulan besar,melebihi 20 ekor ikan, mereka akan berebut serta mengoyak daging mangsa.Namun begitu setakat ini manusia hanya tercedera akibat ikan ini.
  • Oleh kerana giginya yang sangat tajam, orang Asli di Amazon serta Venezuela mengguna gigi ikan ini sebagai senjata.Malahan Ikan ini merupakan aset pelancongan bagi negara seperti Brazil dan Venezuela.
  • Walaupun ganas, Ikan Piranha, biasanya menjadi makanan buaya Amazon dan juga bangau, terutama pada musim kemarau.banyak ikan ini akan terperangkap di lumpur
  • Begitu terkenalnya Piranha sehingga Hollywood mengeluarkan pelbagai filem ini seperti Piranha ( 1978 ), Piranha II ( 1981 ) dan Piranha 3D (2010). Kesemua filem mengambarkan piranha sejenis ikan mampu menghidu darah serta sangat rakus sehingga membunuh manusia
  • Namun hakikatnya, mitos ini disangkal secara santifik oleh kajian yang dijalankan oleh Helder Queirez dan Anne Magguran yang menghasilkan Biology Letter.
  • Namun kata masyarakat Amerika Selatan, isi ikan ini sememangnya sedap

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MAKALAH TENTANG KONSEP POLITIK ISLAM

Wejangan Nabi Khidir kepada Sunan Kalijaga

MELODI KAKI LANGIT