Pada malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadah. Sebelum itu, pada siangnya disunnahkan berpuasa. Selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah Yaasin sebanyak tiga kali. Disunatkan juga memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibu bapa serta keluarga di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bertasbih, berselawat dan melakukan solat-solat sunat. Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa: Rasulullah SAW bersabda : “Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”. Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan: “Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban dan berkata : “Wahai Muhammad, pada malam...